Tuesday, October 25, 2016

Beli Smartphone Xiaomi Redmi Note Online Malaysia

Salam kepada pembaca. Anda berminat untuk membeli smartphone Xiaomi Redmi Note? Ketika artikel ini ditulis, smartphone siri Xiaomi Redmi Note sudah bersiri Xiaomi Redmi Note 3. Dan saya adalah salah seorang pengguna redmi note 3 pro ini. Saya tahu anda mesti mahu mencari ulasan sebenar berkenaan smartphone ini bukan? Anda mahu tahu, apakah berbaloi membeli smartphone buatan dari China yang murah ini. Anda mahu tahu segalanya. Saya akan berkongsikan pengalaman sebenar dari saya sendiri untuk tatapan anda.

Kenapa saya mahu menggunakan Xiaomi Redmi Note 3? Untuk pengetahuan anda, tidak semua smartphone dari China itu tidak berkualiti. Ada juga yang berkualiti seperti jenama Oppo, Huawei dan juga Xiaomi. Anda boleh mendapatkan smartphone dengan spesifikasi tinggi tetapi dengan harga jauh lebih murah. Kebanyakkan smartphone sekarang memang menggunakan produk asas yang sama. Yang berbeza hanyalah jenama sahaja. Jadi tiada masalah guna produk smartphone dari China jika mereka juga menggunakan processor, ram, kamera dan lain lain lagi dari pengeluar yang original. Jadi tiada masalah.

Xiaomi Redmi Note Malaysia

Beli Xiaomi Redmi Note Malaysia Di Internet


Setelah menjadi pengguna kepada beberapa jenama smartphone, saya merasakan secara peribadi pengguna smartphone hanya inginkan sebuah smartphone yang mempunyai saiz skrin yang besar, lancar dan tahan lama masa menggunakannya. Sekarang kalau mahu puas buat kerja memang memerlukan saiz skrin yang besar. Tidak lagi mahu smartphone yang lag dan sangkut sangkut. Dan tidak mahu lagi smartphone yang cepat habis bateri. Sebab itulah saya berani ambil dan beli Xiaomi Redmi Note 3 Pro ini.

Perkara pertama yang menarik tentang Xiaomi Redmi Note adalah ianya sebuah smartphone dengan spesifikasi sederhana tinggi dengan harga murah. Bayangkan, dengan spesifikasi yang menarik, ianya menawarkan harga jualan di bawah RM1000. Smartphone Xiaomi Redmi Note 3 Pro yang saya beli dengan harga RM850 sahaja.

Perkara kedua yang menarik tentang Xiaomi Redmi Note adalah tentang penggunaan RAM yang tinggi. Smartphone Xiaomi Redmi Note 3 Pro saya mempunyai kapasiti RAM sebesar 3GB. Saya merasakan kelancaran sebanyak 95%. Hanya sebanyak 5% sahaja kadang kala berlaku masalah "lag" sangkut sangkut.


Perkara ketiga yang menarik berkenaan Xiaomi Redmi Note adalah tentang saiz kapasiti bateri yang diberikan. Smartphone Xiaomi Redmi Note 3 Pro saya mempunyai kapasiti saiz bateri sebesar 4000mAH dan bertahan lebih dari 24 jam tanpa masalah. Bayangkan saya cas penuh 100% dan cabut plug pengecas pada pukul 7 pagi. Dan saya gunakan seperti biasa tanpa tugasan berat dan onlinekan data internet dengan wifi sepanjang hari. Dan pada pukul 7 petang iaitu selepas 12 jam, ianya masih mempunyai kuasa hayat bateri sebanyak 60%. Kalau anda jarang gunakan dan matikan data internet dan juga wifi, sudah tentu ia lebih lama lagi.

Kalau anda mahukan sebuah smartphone dengan spesifikasi sederhana tinggi tetapi dengan harga murah dan juga berkualiti, saya menyarankan anda mendapatkan dan beli smartphone Xiaomi Redmi Note. Tidak kira Xiaomi Redmi Note 1, 2, 3, 4 atau 5 atau lebih. Anda boleh beli Xiaomi Redmi Note secara online melalui internet. Kepada anda yang berminat untuk dapatkan Xiaomi Redmi Note secara online boleh klik link di bawah ini. Selamat mengunakan Xiaomi Redmi Note Malaysia.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

>>> Beli Xiaomi Redmi Note Secara Online Di Lazada - [ Click Here ]<<<

>>> Beli Xiaomi Redmi Note Secara Online Di Amazon - [ Click Here ]<<<


No comments:

Post a Comment